“Mana Nak Cari Artis Terjah Peminat Macam Ni..” Fazura Dipuji Terjah Peminat Pakai Tudung Miliknya

“Mana nak cari artis yang tegur peminat macam ni..”

Nama selebriti wanita jelita iaitu Nur Fazura sememangnya dikenali satu Malaysia dan amatlah disayangi oleh peminat kerana sikapnya yang jelas ternyata amatlah baik serta humble.

Jarang-jarang kita dengari cerita negatif tentang sikap pelakon ini melalui peminat ataupun orang luar, malah ramai pula yang memuji personaliti beliau.

Seperti video yang tular baru-baru ini , Fazura dilihat menegur peminatnya yang memakai tudung jenamanya itu.

Melalui rakaman video tersebut , ternyata wanita yang ditegurnya itu seakan terkesima seketika kerana tidak menenali orang yang menegur dirinya sehinggalah Fazura mengucapkan terima kasih kerana telah memilih tudung jenamanya.

Video itu nyata membuatkan ramai peminat lebih menyukai perwatakan personaliti tanah air tersebut kerana sikapnya yang cukup merendah diri dan bersahaja.

Rata-rata netizen lain turut memberi komen positif dengan mengatakan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia tersebut sememangnya seorang calon menantu idaman ramai serta gembira melihat dirinya sentiasa bahagia setelah bersama suami iaitu Fattah Amin dan dikurniakan anak perempuan, Fatima.

Video yang dikongsikan :

Komen orang ramai :

Sumber : Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*