“Boleh Selesai Tanpa Libatkan Media..”, Amelia Perjelas lsu Sebenar , Dapat Sokongan Rakan Artis

“Perkara ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media dan orang awam”

Baru-baru ini, penerbit terkenal, Datuk A.Aida telah membuat satu sidang media memaklumkan yang pelakon terkenal, Idris Khan dan Amelia Henderson telah meIanggar kontrak bersama syarikat produksi A Aida Production apabila menarik diri saat akhir untuk projek drama, Sekali Lagi Cinta Kembali.

Menurut penerbit itu, kedua-dua pelakon tersebut memberikan alasan yang tiak munasabah diatas penarikan tersebut dan dalam proses mahu mengambil tindakan terhadap pelakon-pelakon itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Idris Khan perjelas lsu sebenar

Namun begitu, menerusi Instagram Idris Khan atau nama sebenarnya Idris Khan bin Abdul Ghaffar Khan, aktor kacak itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menafikan d4kwaan yang dibuat oleh pihak produksi berhubung alasan mengapa dia menarik diri di saat akhir untuk projek drama terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

Dia mengakui terkejut dengan berita ini dan menafikan sekeras-kerasnya tduhan f1tnah yang dilemparkan keatasnya. Dia juga sedang berunding dengan pihak peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang berlaku serta akan mendedahkan hal sebenar yang terjadi.

Selain itu, Amelia Henderson atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson telah berkongsi video penjeIasannya berhubung d4kwaan A. Aida yang menuuduh pihaknya dan Idris tidak profesional dalam menjayakan drama terbabit.

Jelas Amelia, dia mempunyai alasan yang kukuh mengapa menarik diri dan setiap tuuduhan yang dilemparkan oleh penerbit tersebut tidak benar sama sekali.

“Tanpa prejudis saya ingin katakan segala tuuduhan adalah tidak berasas dan tidak benar. Saya terkejut dengan sidang media yang dijalankan sebelum ini dan dapat tahu tentang perkara tersebut melalui sosial media”

“Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media dan orang awam. Saya faham kontrak tersebut, tetapi saya tidak melanggarnya,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika menandatangani kontrak pada Februari, dia masih belum menerima sebarang skrip penuh serta jadual pengambaran sehinggalah pada bulan Mei.

Dia juga berasa watak yang diberikan pada awalnya berbeza setelah menerima skrip dan membuatkannya tidak selesa untuk membawakan lebih-lebih lagi ia untuk tontonan umum.

“Kami tanda tangan kontrak pada Februari dan mengikut nota saya penggambaran bermula pada 20 Mei hingga 17 Ogos. Namun ketika menanda tangani kontrak, belum ada skrip penuh atau tarikh yang pasti bila penggambaran akan dimulakan.

“Saya diberitahu watak yang dipegang adalah tentang wanita yang kuat namun apabila terima skrip ia adalah sebaliknya. Jalan cerita drama ini membuatkan saya tertkan dan risau.

“Sebagai pelakon saya ada tanggungjawab untuk memberi contoh baik kepada penonton. Namun apabila membaca skrip ia bertentangan dengan prinsip saya dan saya tidak boleh terima. Lebih teruk lagi ia tidak sama seperti digambarkan awal dahulu,”

“Keutamaan saya adalah penonton,” ujarnya.

Video penjelasan daripad Amelia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath)

Komen orang ramai

Terdahulu, dalam sidang media yang dibuat oleh A.Aida dan pengarah drama tersebut, Riza Baharudin, mereka dalam proses untuk meny4man kedua-dua pelakon berkenaan kerana disifatkan tidak profesional.

Mereka juga menjelaskan telah menanggung kerugian besar berjumlah lebih RM150,000 diatas penarikan diri secara mendadak kedua-dua pelakon itu.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*