“Tak Dihargai Negara Sendiri..”, Luahan Mubarak Majid Selepas Menang Pelakon Lelaki Terbaik Di lndia

“Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini.

“Saya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.”

Demikian kata pelakon Mubarak Majid mengulas kemenangan pertama yang diraih sepanjang empat dekad pembabitannya dalam industri lakonan tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mubarak Majid (@mubarakmajid)

Bercerita berkenaan wataknya, Mubarak, 66, berkata, dia memegang watak sebagai bapa kepada seorang model.

“Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh saklt dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.

“Namun, bapanya salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Bapanya tak tahu rupa-rupanya di tolong bapanya cari wang untuk biaya perubatan emaknya. Itu yang tajuknya ada perkataan Sexy Dress,” katanya.

Filem terbitan Buffalo Orange Production Sdn Bhd ini menemui penonton menerusi YouTube.

Menurutnya, kemenangan ini amat memeranjatkan kerana setakat ini namanya hanya tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah di tanah air seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.

“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri.

“Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.

“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya,” katanya yang ditemui pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berlangsung di MOTAC hari ini.

Pada majlis terbabit Mubarak serta beberapa selebriti tempatan iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Jaclyn Victor, Amran Nasaruddin dan Zuhairi Ibrahim menerima pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Badan Peneraju Seni Budaya yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.

Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Seri Dr. Santhara J.P, Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop, serta barisan Pengurusan Tertinggi MOTAC dan JKKN.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mubarak Majid (@mubarakmajid)

Sedikit Berkenaan Mubarak Majid

Mohamad Mubarak Majid lahir pada 9 Jun 1958 ialah pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem.MSepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi lebih 100 drama dan 3 filem serta telah menjayakan pementasan teater.

Sebelum ini, mubarak mengaku kurang menerima tawaran berlakon sejak kebelakangan ini.

Mubarak Majid atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid memberitahu dia agak kecewa apabila stesen televisyen hari ini lebih memberi peluang kepada para pelakon muda dengan jutaan followers di sosial media.

“Sejak kewujudan sosial media saya dapati masalah ini timbul. Mereka mahu ambil pelakon popular yang followersnya ramai.

Di usia saya begini, agak sukar untuk meraih pengikut di Instagram dalam waktu yang cepat. Apabila pelakon muda yang diambil sebagai hero atau heroin meletakkan harga tinggi, kami sebagai pelakon lama hanya menerima bayaran rendah kerana faham dengan kekangan kos produksi,” katanya.

Akui pelakon yang sudah 40 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan ini, dia juga berharap agar pihak stesen televisyen memberi peluang kepada pelakon lama.

“Ada beberapa kali pernah terjadi apabila nama saya ditolak stesen tv. Pengarah produksi menghubungi saya meminta maaf atas hal itu.

“Tidak mengapa bukan belum sampai rezeki saya untuk kembali berlakon di televisyen,” katanya yang masih menunggu tawaran untuk berlakon semula.

Untuk rekod, beliau telah membintangi lebih 100 drama antaranya Mencari Qiblat, Gerak Khas, 3 Janji, Topeng termasuklah pementasan teater.

Sumber : Harian Metro & Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*