“Rating 100/10”, Warganet Puji Filem Mat Kilau, Tengok Video Pendek Pun Dah Teruja Sangat

“Patutlah kutipan hari pertama boleh cecah RM1Juta..”

Filem Mat Kilau tidak dinafikan antara karya daripada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang dinanti-nantikan ramai peminat filem tempatan. Walau bagaimanapun, ia akhirnya telah ditayangkan bermula kelmarin di pawagam.

Bermula pagi tadi juga, ramai mengambil peluang untuk menonton filem tersebut dan nampaknya warganet turut membanjiri aplikasi popular, TikTok dengan pelbagai ulasan positif dan teruja mereka.

Warga Tiktok juga mengajak orang ramai untuk menonton filem Mat Kilau terbaharu itu yang juga dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairi, Fattah Amin, Johan dan ramai lagi yang membuatkan ramai nampaknya sejak semalam dapat layan dengan baik filem yang juga diterbitkan oleh Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions itu.

Dalam pada itu, kehadiran penonton dengan memakai baju tradisional juga mendapat perhatian ribuan warganet yang turut memuji semangat mereka ini.

Boleh dikatakan semua memberikan ulasan yang baik buat filem terbaharu Syamsul Yusof itu manakala lakonan daripada pelakon, Fattah Amin sebagai Awang turut dipuji netizen.

Video dikongsikan : 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Surat Kabor (@suratkabor)

Komen orang ramai :

Sumber : HCL & Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*