Watak Melur & Haris Pakai Baju Sedondon Jadi Tanda Tanya, “Melur Untuk Haris ?”

Nampaknya drama trending terbaharu berjudul, Melur Untuk Firdaus semakin mencetuskan ramai ’emosi’ dengan konflik dialami oleh empat watak iaitu Firdaus lakonan Meerqeen dan Melur dibintangi oleh Anna Jobling manakala Dee dilakonkan oleh Neesa Idrus dan Fimie Don sebagai Haris.

Keempat watak tersebut sememangnya memainkan peranan tersendiri iaitu perkahwinan Firdaus dan Melur diuji dengan kesetiaan Firdaus terhadap kekasihnya, Dee namun dalam pada masa sama merasa cemburu dengan kawan baik Melur iaitu Haris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Haris iaitu kawan baik Melur merupakan insan yang sentiasa ada buatnya dan menyebabkan ramai menyukai watak dilakonkan oleh Fimie Don itu.

Jadi melihatkan satu rakaman terbaharu yang tular memaparkan Melur dan Haris memakai baju sedondon mencetuskan penonton tertanya-tanya sama ada adakah pengakhirannya mereka bersatu atau sebaliknya.

Rakaman video yang dikongsikan oleh @afqniall tersebut dengan kapsyen, “Eh Melur beli baju apa tu haa,” berserta rakaman pendek memaparkan gelagat watak Melur dan Haris memakai baju sedondon itu mencetuskan ruangan komen dihujani pelbagai persoalan.

Video yang dikongsikan :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Surat Kabor (@suratkabor)

Komen netizen :

Untuk info, drama Melur Untuk Firdaus ini merupakan drama arahan Zamri Zakaria dan ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Sumber : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*