“Apa Yang Mak Nak , Kak KM Bayar Aje..” Kak KM Buat Normah Damanhuri Menangls Lagi

“Mak yang nak , Kak KM tolong bayarkan aje..”

Dramatis popular Normah damanhuri s3bak apabila anaknya yang juga seorang usahawan, Kak KM menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda yang dibeli secara tunai.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata dia sengaja melakukan k3jutan tersebut sebagai tanda kasih sayang terhadap ibunya.

Menurut Kak KM, ibunya yang berusia 68 tahun itu ada menyatakan hasrat untuk membeli kereta sebelum dia mengambil keputusan untuk menunaikan sahaja impian orang tersayang.

Tu yang mak nak, Kak KM bayar aje. Sayang mak sangat,” luahnya ringkas.

Rakaman berdurasi hampir seminit itu memaparkan dramatis berkenaan menangls terharu apabila anaknya mengeluarkan cek bagi melakukan proses pembayaran sebanyak RM102,200 di sebuah pusat jualan kereta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM dan tidak lupa membahagiakan ibunya walaupun sibuk menguruskan perniagaan.

Komen orang ramai :

Selain kereta, Kak KM sebelum ini juga pernah menghadiahkan gelang emas besar dan sebuah rumah di kampung halaman kepada ibu tercinta.

Sumber: Instagram & OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*