
“Nanti sambung video ni lepas dapat sijil Diploma atau Degree.”
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang telah diumumkan pada Khamis yang lalu telah menyaksikan detik-detik kegembiraan pelajar terutamanya mereka yang memperoleh keputusan cemerlang.
Banyak perkongsian yang boleh kita lihat menerusi laman media sosial tentang pelajar yang meraikan penat lelah mereka dalam menimba ilmu.
Begitu juga dengan satu video yang tular di laman tiktok ini apabila pelajar tersebut dilihat sempat membuat tiktok di atas pentas sebelum mengambil keputusan SPM miliknya. Rata-rata warganet yang melihat video tersebut menyatakan kelucuan remaja tersebut meminta izin untuk membuat tiktok kepada Pengetua sekolah sebelum dia “diketuk” oleh pengetua tersebut.
Ramai yang meninggalkan komen yang positif dan berharap dia dapat menyambung video tersebut apabila dia mendapat sijil di peringkat yang lebih tinggi nanti.
Lihat video dikongsikan :
View this post on Instagram
Komen orang ramai :
@userhilang:pengetua terpaling sporting , smklb hdir
@maruljml:dik nnti dh smbung blajar, dh grad. pls smbung video ni haha
@tasty:results saye x gempak …tapi alhamdulillah naik pentas
@Rozita Hj Yakkop:Sporting giler Pengetua tu.. Patutlah students ‘menjadi’
@FIERA :ni comel dik .tahniah
@ Si Dagu Lekuk :hahah comel sangat dua2.. yang pengetua tu ayah ayah sangat bila dia ketuk kepala tu
@bibir rebus:Comelnyaaaa pengetuaaa!!
@anlmelife:itu pengetua ke ayah die
Sumber : Tiktok & Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Leave a Reply