“Cepat Atau Lambat Tak Kisah”, Sabri Yunus Tak Sangka Terima Anugerah Ini Pada Umur 61 Tahun

“Saya bukan aktif di Kelantan dan banyak terbabit dengan persembahan di luar. Jadi, tak terfikir langsung untuk dapat anugerah ini.”

Pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus, 61, tidak menyangka dipilih sebagai Duta Anak Seni Kelantan, malah pada awalnya menyangka ia adalah ‘prank’ atau ‘scammeer’.

Sabri ketika dihubungi berkata, dia lambat membalas WhatsApp daripada urusetia Malam Himpunan Dikir Barat 2022 apabila dimaklumkan mengenai perkara itu. Menurutnya, nombor terbabit tidak dikenali dan anugerah itu membabitkan pendikir barat sedangkan dia bukan aktif berdikir di Kelantan.

“Saya minta surat rasmi kerana manalah tahu orang nak ‘prank’ atau ‘scammeer’. Tambahan lagi mereka beritahu namanya Malam Himpunan Dikir Barat 2022.

“Saya bukan aktif di Kelantan dan banyak terbabit dengan persembahan di luar. Jadi, tak terfikir langsung untuk dapat anugerah ini. Apapun, sebagai anak Kelantan, saya bangga dengan anugerah ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang memilih saya,” katanya kepada Metro Ahad.

Penghargaan itu diberikan kerajaan negeri Kelantan kepada Sabri pada majlis Malam Himpunan Dikir Barat 2022 yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Bharu, malam tadi.

Sabri berkata, dia tidak memberikan jawapan akan hadir ke program itu. “Saya hanya jawab Insya-Allah. Mereka kemudian hantar satu surat yang ada tertulis nama saya dan kategorinya Duta Anak Seni Kelantan, bukannya dikir barat.

“Saya takut atas nama dikir barat kerana saya bukanlah pendikir hakiki. Saya pernah cuba cuba berdikir di Kelantan pada 1999, tapi dalam tempoh sebulan, dua saja. Ertinya 23 tahun saya tak berdikir di padang-padang di negeri ini. Tidak berdikir untuk penonton awam yang bertiket,” katanya.

Menurutnya, lambat atau cepat dia menerima anugerah bukanlah soal kerana dia buat kerja tanpa memikirkan perkara terbabit.

“Saya buat apa-apa saja berkenaan Kelantan kerana negeri ini dekat dengan saya. Selain itu, saya nak dedahkan apa yang orang tak tahu berkenaan negeri Kelantan,” katanya.

Dia yang juga mencetus fenomena dengan Drama terkininya sebelum ini iaitu Pokya Cong Codei mungkin antara sebab dia dipilih menerima anugerah tersebut.

Sinopsis Drama Pokya Cong Codei

Telefilem Pok Ya Cong Codei dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati pernah ditayangkan pada tahun 2018 kini kembali dalam drama bersiri Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti yang diarahkan oleh Sabri Yunus dan dibarisi barisan pelakon yang berpengalaman seperti Sabri Yunus, Eman Manan, Wan Hanafi Su, Angeline Tan dan ramai lagi.

Telefilem Pok Ya Cong Codei berkisar kehidupan Pok Ya (Sabri Yunus) seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari anak seorang Datuk yang konon diIarikan.

Kesinambungan dalam drama bersiri pula, Pok Ya yang gagal dalam perkahwinannya barunya sangat merindui isterinya, Siti (Zee Khan Hussein). Pok Ya sekali lagi pergi ke Kuala Lumpur untuk memburu Siti.

Sebelum ini ramai tertanya ke mana Siti menghilang dan mereka membuat andaian yang Siti dilarikan oleh Datuk Sahak. Pok Ya tahu Siti ada di Kuala Lumpur dan sedang mengandung anaknya. Pok Ya berharap Siti mengandungkan anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.

Lihat antara rakaman drama tersebut

Komen netizen : 

Sumber : Harian Metro & Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*