“Apa Dah Jadi , Kenapa Sampai Macam Ni ?” Fesyen Terkini Emma Maembong Jadi Bualan Netizen

Selepas menjalani ibadah puasa sudah tentu ada yang akan mengambil peluang sempena musim cuti ini untuk pergi melancong.

Tidak kurang juga pelakon terkenal Emma Maembong yang kini berada di Bali Indonesia. Emma dan adiknya Chacha Maembong serta beberapa rakan termasuk pelakon Natasha Elyzza berada di Bali untuk bercuti di bulan Syawal ini.

Semalam menerusi satu entry di laman media sosial miliknya, Emma Maembong ada muatnaik gambar terkininya dengan fesyen yang agak ranggi. Emma Maembong dilihat ada membuat gaya rambut yang baru ketika berada di Seminyak, Bali.

Pelakon ini dilihat telah buat rambut braid di sebuah pusat kecantikkan bernama Charlota Salon. Tempat ini dilihat memang ada membuat style rambut yang agak funky dan ranggi. Rambut Emma yang telah dibuat braid itu diwarnakan sedikit biru, ianya kelihatan amat terang. Turut membuat rambut di salon yang sama ialah Chacha Maembong dan juga Natasha Elyzza.

Apa yang menarik perhatian para follower ialah cara pemakaian Emma Maembong. Dilihat, pelakon ini tampil memakai pakaian agak terdedah seperti singlet berwarna putih dan berseluar berwarna merah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Ternyata ini membuatkan sesetengah netlzen terkesima dan menulis komen kurang gemar Emma Maembong berpakaian sedemikian. Ada juga yang menulis komen sinls dan ada juga yang menulis komen mendoakan agar Emma kembali kepada yang dulu iaitu Emma yang pernah bertudung menutup aurat.

Ini antara komen netizen

Syeraf Acap menulis: “Dah tak ade baju ke kak, tengok pakai singlet je tu.”

Nur Sykrantasha pula menulis: “Semoga cepat mendapat hidayah dan kembali macam dulu kembali bertudung.”

Ada juga beberapa netizen yang tertanya: “Semakin terdedah, kenapa jadi macam ni. Apa dah terjadi.”

Sempat juga netizen bertanya apa reaksi suami Emma, ini tulis Fazlan Shah: “Suami tak ada tegur ke.”

Sumber : News-tel & Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*