‘ToIong Ubah Prangai Kamu’ – Azhan Rani HiIang Sabar , Jadi Mngsa Disebabkan Orang Lain

”Ko laju-laju tengah jalan jamm ni ko dah kenapa?”

Itu kata-kata pelakon Azhan Rani, 46, yang melepaskan rasa geram beliau di Instagram selepas menjadi mngsa pelanggaran kecil, semalam.

Azhan turut menasihatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi supaya lebih berhemah di jalan raya dan disebabkan perlanggaran itu, motosikal berkuasa tinggi miliknya tercalar padahal baru dibaik pulih.

Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani bagaimanapun berkata, dia bukan berkira mengenai ker0sakan terbabit. Sebaliknya dia menekankan sikap penunggang sebegitu yang melulu dan boleh bhayakan nywa orang lain.

” Kepada yang menggelupur orang pakai motosikal, kamu pun pakai motosikal, saya nak beritahu.Tak kisahlah berapa mahal pun motor kau, berapa ribu cc kuasa enjin kau, berapa nipis blok ko dah korek, ko dah pasang sayang kapal terbang ke kat motor kau, jangan bawa motosikal macam berrul”

” Kamu nak layan lajak ke lencongankah, bukan dekat jalan trafik perlahan. Kamu ‘cucuk-cucuk’ kemudian cakap kamu tak sempat brek. Kamu laju-laju tengah jamm camni, dah kenapa? Orang nak pilih ko wakil malaysia masuk Grand Prix?”

“Takdenya. Sudahnya kamu rugi, saya yang baru beberapa hari tengok motosikal ini bernyawa pun rugi. Calar dekat motosikal bukan isunya, kamu tergoIek masuk besi bagai, seumur hidup kamu akan tahu azaabnya,” katanya.

Pelakon drama Nur itu berharap penunggang tidak berhemah sebegitu agar mengubah sikap dan tidak menunjuk-nunjuk hebat.

”Kepada yang baru dapat motosikal itu, tolonglah ubah perangai kamu. Pergilah main dekat litar, bukan jalan trafik perlahan. Cukup-cukuplah saya jadi mngsa orang lain,” katanya.

Kalau ko tak menunjuk ko sorang saja ada motosikal besar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Azhan turut berterima kasih pada semua yang bertanya dan ambil berat mengenai keadaannya selepas inslden terbabit.

Menurutnya, dia memang geram kerana sikap penunggang itu dan bukan kerugian motosikal tercaIar.

“Kisahnya individu itu Ianggar dari belakang sewaktu sama-sama mencelah masa jalan agak sesak di Batu Caves. Motosikal saya calar sedikit saja, motosikal dia set penghadang dan lampu pecah.Ya, saya memang marah.. Kecil atau besar kemalangan itu bukan soal dia, soalnya pasal sikap saja.

“Kalau tak menunjuk kamu seorang saja ada motosikal besar, insya-Allah hal ini boleh elak,” katanya.

Lihat motor milik Azhan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Terdahulu, Azhan pernah terbabit kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, sehingga mengakibatkan tulang belikat pecah, tulang bahu dan rusuk retak pada awal tahun ini.

Sementara itu perkongsian Azhan Rani di Instagram turut meraih perhatian rakan-rakan artis dan pengikut beliau yang rata-rata pengguna motosikal.

Komen netizen

”Dia tak pandai tu bawak moto besa. Suruh dia pakai skuter je la bang. Acah-acah duit epf la tu.hahaha”

” Memang padu ayat abg..sekolahkan budak-budak BBNU yang baru dapat moto ni.. tak kisahlah celah mana pon memang Iahan#t betul nak bawak laju.

” Ni perangai hancik punya. Da taw jem nak jugak laju2. Lepas tu masuk jalan motor Federal, da taw jalan motor tu banyak motor Cup nak juga cucuk. Tak reti sabar. Apa punya perangai” tulis ntizen.

10 fakta menarik tentang Azhan Rani yang ramai tak tahu

1) Azhan bin Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Azhan Rani dilahirkan pada 24 Januari 1976.

2) Azhan merupakan anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin. Bapanya meninggI dnia pada 21 Ogos 2016 di usia 71 tahun.

3) Kini berusia 46 tahun, Azhan masih belum berkahwin dan seluruh hidupnya berbakti kepada ibunya.

4) Berasal dari Tanjung Karang, Selangor, Azhan memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi drama radio di mana sebanyak 100 buah drama radio sudah dibintanginya seperti Tuah Si Pandir dan Kesetiaan Seorang Pahlawan.

5) Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

6) Dikatakan pengarah Along Kamaluddin orang pertama mengajak beliau mencuba nasib dalam drama. Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan.

7) Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi.

8) Meraih trofi kategori Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 dan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Tribute P. Ramlee 2015.

9) Januari 2022 Azhan terlibat dengan kmIangan sehingga memaksa beliau ‘melepaskan’ watak dan ditukar kepada penampilan khas berikutan kecderaan yang dialami.

10) Tahun 2021 lakonan Azhan dalam drama KL Gangster Underworld 2 (KLGU2) curi perhatian di mana dialog beliau ‘wa lover wa bukan fighter’ tular di media sosial apabila ramai membuat vdeo dan mengajuk dialog tersebut.

Sumber:IG Azhan Rani dan MJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*