Netizen Puji Hanis Zalikha Didik Anak, Ajar Berdoa Tanda Syukur Walaupun Dapat Duit RM1

Baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang bapa yang kecewa apabila anaknya menerima duit raya sebanyak RM3. Menurutnya pada zaman sekarang ini duit raya berjumlah RM1-RM3 sudah tidak relevan lagi. Luahan itu menyebabkan si bapa dilabel tidak bersyukur di atas pemberian sanak- saudara kepada anaknya.

Terbaru, rakaman video memaparkan anak-anak pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen turut dikaitkan dengan kisah itu. Mereka berpendapat pasangan selebriti ini merupakan contoh terbaik dalam mendidik anak-anak mengenai adab.

Mana tidaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dilihat sangat teruja melihat duit yang banyak termasuk wang RM1 di dalam sampul raya. Hanis Zalikha turut mengajar Yusuf mengucapkan syukur dan mendoakan agar si pemberi murah rezeki.

Lihat video yang dikongsikan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Surat Kabor (@suratkabor)

Lihat juga komen orang ramai

@syaz:Alisa : RM50 (too much much) RM 1 (Money!!!)

@CIK YIN:anak anak dia happy wehh dpt seringgit seringgit wehhh kalau bdak bdak kat sini dtg rumah bgi seringgit terus balik wehh

@Movie review by kak teha:Ank hanis zalikha pon excited dpt duit singgit2, anak org biasa2 mengeluh klo dpt duit singgit2 , manners 1st.

@صفيرة | Sufairah:If anyone bg kita hadiah or duit or foods ke apa, boleh baca doa ni: Allahuma barik lana fihi warzuqna khayran minhu,or any du’aa yg sesuai

@human:aww , i dunno but terharu tgk diorang pnya reaction

Wah, memang nampak seronok sangat si adik tu kan. “Money, so much money”. Apa-apa pun kita hendaklah sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan rezeki yang diterima tanpa mengira nilai di dalamnya.

Sumber : Ohmedia & Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*