KWSP Benarkan PengeIuaran Akaun 1 , Pendahuluan Maksimum Antara RM 4,000 Hingga RM 10,000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perlncian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Kenyataan rasmi oleh KWSP

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa , KWSP telah mengambiI langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehiIangan pekerjaan , diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

I-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 Juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 Billion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum , ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM 100.

a. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1) akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM 9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1) akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun , amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Berikut contoh pengiraan yang diberikan oleh pihak KWSP

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan ini perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang telah diterima telah digantikan semula. Selepas itu , caruman akan kembali ke kadar pecahan asal itu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krlsis , ahli digalakka  untuk mendapatkan naslhat kewangan melalui Pegawai Khidmat Naslhat Persaraan KWSP dan/atau agensi kaunseIing dan Pengurusan Kredit.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kenyatan rasmi KWSP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Korporat EPF

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*