Bajet 2021 PerbeIanjaan Terbesar DaIam Sejarah , Berikut Antara 14 Intipati Bajet Yang Dapat Perhatian Rkyat

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membawa beg berisi teks ucapan pembntangan Belanjawan 2021 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada pukul 2.35 petang.

Beg yang diisi teks Belanjawan 2021 itu menarik perhatian umum kerana tidak menggunakan beg bimbit berwarna htam yang menjadi tradisi, sebaliknya beg sampul berwarna kelabu.

Tepat jam pukul 4.00 petang , beliau telah membentangkan bajet tersebut di Parlimen.

Berikut antara intipati Bajet 2021 yang menarik perhatian orang ramai

1. Pembayaran ‘one off’ kepada pekerja kesihatan (frontliner) sejumlah RM500.

Kira-kira 100,000 petugas kesihatan akan menerima bayaran secara ‘one off’ sebanyak RM500 bagi menghargai jasa petugas brisan hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bntuan tambahan kepada Elaun Khas C0VlD-19 sebanyak RM600 sebulan yang diberikan sejak Mac lalu.

2. Kredit telekomunikasi untuk golongan B40 sebanyak RM180 seorang untuk langganan internet atau kos telefon bimbit

3. Pengurangan caruman KWSP daripada 11% kepada 9% dan membenarkan pengeluaran dari akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk tempoh 12 bulan.

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP ini bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk tempoh 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.

4. Cukai pendpatan individu turun satu mata peratusan bagi pendpatan RM50,001 hingga RM70,000

Kadar cukai pendapatan akan diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai RM50,000 hingga RM70,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penurunan itu dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

“Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata turut memaklumkan bahawa, had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000.

“Ia merupakan tambahan sebanyak RM500 yang dikhususkan bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan

“Skop pelepasan ini juga diluaskan untuk meliputi langganan surat khabar elektronik,”

5. Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

BPR dijangka akan memberi manfaat kepada 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH.

“Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bntuan sebanyak RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,800.

“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bntuan RM800 manakala isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200.”

Sementara itu, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001-RM5,000 dan seorang anak akan menerima RM500 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih, RM750

“Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350. Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini,”

6. Bantuan OKU dinaikkan

Bantuan OKU tidak berupaya bekerja dinaikan kepada RM300.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga bersetuju kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Psakit Kr0nik Terlantar dinaikkan kepada RM500

“Selain itu, kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450,”

7.Bantuan dan insentif disediakan kepada petani dan nelayan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan dari RM250 bermula 2021.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga memperuntukkan RM400 juta bagi membntu peneroka FELDA menghpus faedah huttang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

8. Tngguh pembayaran ansuran tiga bulan atau kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan

Kerajaan mengumumkan bntuan pembayaran pinjaman kepada golongan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penngguhan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu tngguh pembayaran ansuran tiga bulan atau kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Bagi peminjam M40 pula, akan dipermudahkan dari segi proses perm0honan bantuan bayaran balik.

9. Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui langkah itu kerajaan akan memberikan kredit eWallet RM50 untuk belia yang layak.

“Program eBelia akan memberi manfaat kepada 1.5 juta rakyat Malaysia.

“Berbeza dengan program eTunai Rakyat dan ePenjana sebelum ini, kredit eWallet bernilai RM50 ini hanya diberikan kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

10. RM500 untuk imam, bilal, guru takmir dan KAFA

Sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan KAFA.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain bantuan one off, kadar elaun guru takmir juga dinaikkan kepada RM900 sebulan.

“Bagi memartabatkan syiar Islam kerajaan memperuntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

11. PengecuaIian duti setem

PengecuaIan duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Jan 2021 sehingga 31 Dis 2025

12. Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 akan diperuntukan kepada pelajar dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, golongan pelajar itu terdiri daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 6.

“Pas perjalanan itu melibatkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom

“Selain itu, RM300 juta diperuntukkan untuk meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang,”

13. Pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, syarikat milik kerajaan  (GLC) dan  Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak 150 juta ringgit ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba tersebut.

“Dalam norma baru ini, pembelajaran secara online telah menjadi satu amalan. Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah,”

14. RM600 untuk penjawat awam

Kerajaan mengumumkan bantuan khas RM600 secara one-off kepada penjawat awam bagi menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bntuan khas kewangan itu akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

“Kita juga akan memberikan bantuan khas RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpncen

“Selain itu, pemberian one-off sebanyak RM500 kepada pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti mereka,”

Semoga belanjawan 2021 ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*