JKNS Sahkan Satu Kes Positlf Murid Sekolah Rendah, Rakan Sekelas Diarah Kuarantln

Gambar adalah sekadar hiasan.

Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) mengesahkan satu kes positif C0VlD-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesaklt sudah diambil.

“Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantln selama 14 hari.

“Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom C0VID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular mesej dalam media sosial mend4kwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan posltif C0VlD-19.

Dalam pada itu, Dr Christina memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian C0VlD-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bagi seluruh Sabah mencecah 144,820, setakat kelmarin.

Disamping itu , KKM melaporkan 13 kes baharu.5 kes tempatan dilap0rkan daripada 13 kes baharu hari ini.

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*