Petua Agar Anak Cepat Bercakap Yang Perlu Dipraktikan Untuk Mengelak ‘Speech Delay’

Anak-anak mempunyai tahap perkembangan atau pencapaian yang berbeza antara satu dengan yang lain. Bukan hanya anak orang biasa, anak-anak para ilmuan, agamawan dan selebriti juga mempunyai perkembangan dan pencapaian yang berbeza.

PETUA SUPAYA ANAK CEPAT BERCAKAP

Ibu bapa mana yang tidak risau jika mempunyai anak yang comel dan sihat tetapi ada masalah untuk bercakap. Ciri-ciri anak yang tergolong sebagai normal atau yang lambat bercakap boleh dikesan dengan melihat aras kemampuan berbicara sesuai usia anak-anak secara beransur-ansur seperti di bawah ini.

Ketika Usia 3 bulan

Pada usia ini, bayi mula mengeluarkan suara dari mulutnya. Kita sendiri tidak tahu apa yang diucapkan olehnya. Ucapan yang dikeluarkan ini dikenali dengan sebutan “bahasa bayi”. Bayi di usia ini juga sudah mula mengenali dan mendengar suara anda sebagai ibunya atau keluarganya serta memperhatikan wajah anda saat bercakap dengannya.

Ketika Usia 6 bulan

Pada usia 6 bulan, bayi anda sudah boleh mengeluarkan kata-kata yang didengar dengan lebih jelas tetapi tidak mempunyai erti. Beberapa ucapan yang keluar seperti “ba-ba”, “pa-pa”, “ma-ma”, atau “da-da” akan sering didengari. Pada akhir usia enam bulan, anak sudah mampu bersuara untuk menunjukkan perasaannya ketika itu gembira atau sedih. Matanya akan memandang ke arah sesiapa yang menimbulkan suara, dan dia sudah boleh menoleh ke arah Anda.

Ketika Usia 9 bulan

Apabila usia bayi anda mencapai 9 bulan, dia akan kenal dengan maksud kata “tidak” atau “ya”. Dia juga akan lebih banyak menggunakan nada suara.

Ketika Usia 12 bulan

Secara umumnya diusia sebegini anak anda sudah boleh bercakap seperti “mama” atau “papa” dengan jelas dan mampu mengikuti apa yang anda ucapkan. Apabila usia anak sudah mencecah satu tahun, dia juga sudah boleh mengenali ucapan berupa perintah seperti, “Jom, mai sini” atau “Adik! baling bola!”. Anak juga boleh mengenali beberapa benda seperti patung mainan, buku, kasut atau alat tulis.

Ketika Usia 18 bulan

Kemampuan anak dalam mengulangi kata-kata yang anda ucapkan kepadanya menunjukkan satu perkembangan yang sangat baik. Dia juga akan bercakap sambil menunjukkan ke arah sesuatu objek atau bahagian tubuh yang anda ucapkan. Di usia lapan belas bulan juga, anak anda sudah boleh mengucapkan kira-kira 10 kata dasar. Walaupun ada beberapa kata yang tidak mampu diucapkan secara sempurna.

Ketika Usia 24 bulan

Pada usia ini anda anda sudah mampu berkomunikasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya 50 patah kata yang telah mampu diucapkan. Anda sudah boleh memulakan tahap rangsangan perkembangan otak supaya kemampuan anak dalam bercakap semakin bertambah.

Ketika Usia 3 hingga 5 tahun

Pada usia lebih dari 36 bulan, perbendaharaan kata yang dihafal oleh anak akan bertambah banyak dan cepat. Sebahagian anak-anak dapat mengingat kata baru dengan cepat. Mereka juga sudah boleh memahami arahan dari anda meskipun dengan banyak kata seperti, “datang sini, minum susu dulu”.

Berlanjutan sehingga lima tahun, dia akan mengeluarkan perkataan lebih panjang dan boleh menggambarkan sebuah kejadian. Semakin lama dia menjadi boleh bercakp-cakap dengan orang lain dengan pemahaman yang sangat baik.

Perkembangan kemampuan bercakap setiap anak memang berbeza. Maka peranan orang tua sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan ini.

LAGI PETUA  ANAK CEPAT BERCAKAP

Semua ingin mengetahui petua anak cepat bercakap. Oleh itu perkongsian ini bolehlah dipraktikkan untuk merangsang keupayaan berkomunikasi anak anda. Cuba dengar setiap kali dia mengeluarkan perkataan-perkataan.

Meski tidak jelas sebutannya, anda boleh mengulangi perkataan yang diucapkan anak. Tanyakan juga pada dia apa makna perkataan tersebut dengan wajah ceria dan penuh senyum. Tips atau petua anak cepat bercakap ini perlu dilaksanakan dengan penuh kesabaran.

Bercakap Sambil Bergerak

  • Ajak anak anda belajar bercakap dengan cara menyeronokkan dan tidak membosankan.
  • Anda boleh bercerita kepada anak dengan aktif bergerak dan wajah yang ekspresif.
  • Kegiatan ini semakin lama akan meningkatkan pemahaman otak anak tentang ucapan dan ungkapan yang saling berkaitan.

Mengenalkan Objek Dengan Naratif

Agar otak anak dapat berkembang dengan cepat, juga termasuk keupayaan berkomunikasinya. Maka petua agar anak cepat bercakap yang boleh Anda lakukan adalah dengan mengenalkan suatu objek dengan naratif. Ini tidak sukar dilakukan.

Seperti contoh, anda ucapkan: “(sebut nama anak) suka bermain bola sama mama”. Pastikan ketika mengucapkan kata “bola”, tangan Anda dengan jelas menunjuk atau memegang bola sambil menunjukkannya di depan anak. Ini akan membuat anak semakin mengenali dengan banyak benda hingga keinginannya mengenal benda lain pun bertambah.

Kembali ke Masa Kecil

Anda harus boleh dicorakkan seperti anak-anak kecil pada umumnya. Ajak anak bermain, berpura-pura, atau membayangkan sesuatu (benda atau kejadian) untuk mengembangkan kemampuan bicaranya. Misalnya anda boleh berpura-pura melakukan panggilan dengan telefon mainan.

Puji Perkembangan dan Jangan Remehkan Kebolehan Anak

Jangan lupa untuk sering memberikan pujian dan senyuman pada anak. Setiap kali dia berjaya mengeluarkan perbendaharaan kata baru atau mengikuti perkataan yang anda ucapkan dengan baik, peluk dan kucup dia dengan hangat. Jangan pernah memandang rendah kebolehan anak.

Kurangkan Penggunaan Teknologi

Petua agar anak cepat bercakap ini lebih tepat untuk anda sebagai orang tua. Teknologi harus dihadkan penggunaannya agar anda lebih banyak masa untuk menyokong keupayaan bercakap anak. Jangan asyik tersenyum sorang-sorang di depan gadget, sedangkan anak anda bermain sendirian.

Gunakan Bahasa yang Baik

Berikan contoh yang baik dari segi bercakap dan bertindak. Bahasa yang betul akan membuatkan anak tidak merasa takut untuk bercakap dengan kita. Jangan menjerit pada anak atau mengherdik atau menengking sekiranya mereka membuat kesalahan. Perbuatan ini hanya akan menimbulkan rasa takut pada anak untuk bercakap lagi dengan kita.

Do’a Supaya Anak Mudah Bercakap Dengan Cepat

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Setiap usaha tidak lengkap tanpa doa. Sebagai ibu dan bapa, cuba anda amalkan membaca surah Toha, ayat 25 – 28 sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur lalu dihembuskan ke mulut anak. Anda perlu rajin dan bersabar, semoga Allah permudahkan.

Semoga petua anak cepat bercakap di atas boleh membawa kebaikan untuk anda. Jika ibu bapa sudah mengamalkan semua petua di atas namun anak tetap lambat juga bercakap, maka segera lakukan pemeriksaan ke doktor secepat mungkin. Boleh jadi ada masalah lain pada anak. Semoga bermanfaat.

Sumber : Anak Bapak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*