Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Supaya Tak Llat Untuk Bangun Subuh Awal

Manusia normal memerlukan waktu tidur secukupnya iaitu 8 jam. Namun, ia boleh berubah mengikut faktor umur. Bayi, kanak-kanak, remaja dan juga orang yang sudah meningkat umur mempunyai waktu tidur berlainan.

Menurut sumber, kajian yang dilakukan oleh saintis mengatakan bahawa setiap malam ketika anda sedang tidur, otak dan tubuh badan akan melalui kitaran tidur.

Ianya terbahagi kepada beberapa peringkat seperti di bawah:

Peringkat 1: Ketika anda sedang tidur, peringkat ini bermula dimana anda meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata. Selalunya ini mengambil 15-20 minit. Anda akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan anda.

Peringkat 2: Anda sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya. Anda mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh, anda mungkin akan bangun.

Peringkat 3 & 4: Anda telah masuk ke peringkat tidur matl. Tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘matl’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak anda sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.

Peringkat 5: Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku.

Pada akhir peringkat kelima, anda akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.

Namun, bagaimana pula jika anda merupakan seorang yang ‘liat’ untuk bangun awal pada waktu Subuh?

Lebih-lebih lagi jika anda tidur selepas jam 11 malam. Seorang lelaki di laman Twitter iaitu Nasrul telah berkongsi 7 cara untuk membantu anda bangun Subuh lebih awal.

Perkongsian yang sangat membantu ini telah meraih lebih 14k retweets ketika artikel ini ditulis. Terbukti, ramai juga yang masih berhadapan dengan masalah sukar bangun awal pada waktu Subuh ini.

Baca tips penuh di bawah:

1. Mula tidur awal, pilih waktu paling sesuai untuk berehat iaitu pada jam 10 malam

2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.

4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di fb orang lain.

5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.

6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.

7. Berazamlah dengan kehebatan subuh dan sayang untuk menlnggalkanya

Sumber : Says

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*