Fikirkan Bajet Selepas Kahwin Satu Cabaran Yang Suk4r Buat Pengantin Baru

Dalam usaha untuk menghalalkan sesuatu hubungan tidaklah semudah yang disangka.

Selain memikirkan soal majlis perkahwinan, banyak lagi perkara lain yang perlu dipertimbangkan. Paling utama tentunya melibatkan soal kewangan.

Begitu juga perkongsian tular seorang lelaki yang mengakui turut berdepan situasi sama seperti mana individu lain yang baru membina masjid.

Menurut Kauthar Rozman, 27, fasa awal perkahwinan sememangnya sukar kerana pengantin lelaki banyak menggunakan wang untuk urusan majlis, hantaran, rumah baharu untuk isteri dan sebagainya.

Hal itu menyebabkan ramai individu gusar untuk mendirikan rumah tangga, bimbang tidak mampu menanggung beban kewangan apabila berkeluarga.

“Saya suka nak kongsi pengalaman. Saya pun baru kahwin pada Oktober lalu. Biasalah untuk lelaki, masa nak kahwin habis banyak duit.

“Kena bagi hantaran, tanggung kenduri, barang rumah, deposit rumah baharu. Awal-awal habis banyak duit.

“Dulu boleh sewa bilik, sekarang tak kan nak sewa bilik bila dah ada isteri? Sewa bilik harga RM300 atau RM400. Sekarang sewa rumah, tiga kali ganda meningkat,” ujarnya kepada mStar.

Menurut pengarang sebuah portal ekonomi itu, dia bagaimanapun tidaklah berdepan fasa yang terlalu sukar memandangkan sudah membuat sedikit simpanan.

Tambahnya lagi, setiap individu bujang seharusnya mengamalkan gaya hidup bersederhana dan perlu ada simpanan untuk masa depan.

StruggIe kalau tak ada simpanan. Awal-awal kahwin tak selesa sangat, tapi tak adalah sampai berhutang.

“Kalau dulu boleh simpan RM1,000 sebulan misalnya, sekarang boleh simpan RM200. Paling penting kena terbuka soal pendapatan dan belanja antara pasangan.

“Tak bergantung pada isteri tapi kalau dia nak tolong apa saIahnya. Mak ayah juga jangan dilupakan,” ujarnya lagi.

Kata Kauthar lagi, setiap individu juga perlu yakin dengan rezeki kurniaan Allah.Namun, keyakinan itu perlu disusuli dengan usaha agar kehidupan suami isteri dapat berjalan dengan lancar.

“Kena yakin dengan dengan janji tuhan. Antara cabaran awal kahwin, kalau dulu boleh lepak-lepak sekarang dah tak boleh sangat.

“Fokus cari nafkah pula. Toleransi juga penting. Kalau isteri kerja, kita kena tolong juga buat kerja rumah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, posting Kauthar di Twitter miliknya sehingga kini menerima lebih 2,600 ulang kicau (Retweet).

Malah, komen beberapa invidu turut mengakui perkara sama yang mana mereka bersetuju atas pandangan yang dikongsikannya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*