Pengguna Media Sosial Perlu Mohon Lesen Penggambaran ? Ini Jawapan Ahmad Idham

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri menjelaskan tiada arahan dikeluarkan kepada pengguna platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok untuk memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) seperti yang tular, semalam.

Ahmad Idham berkata, sebagai badan yang bertanggungjawab membantu meningkatkan pembangunan industri perfileman dan kandungan digital, tugas FINAS lebih kepada menggalakkan penghasilan lebih banyak idea kreatif, bukannya menyekat kreativiti pengguna media sosial.

“Berita yang tular itu tidak benar. Saya harap pihak berkenaan bersabar dan jangan panik. Kalau betul FINAS mahu keluarkan syarat sedemikian, sudah lama kami laksanakan.

“Tapi, sebaliknya, kita beri geran mikro kepada golongan terbabit menghasilkan lebih banyak isi kandungan untuk pelantar media sosial… Takkanlah kita hendak buat begitu,” katanya kepada BH Online.

Ahmad Idham mendkwa ada pihak yang cuba mengambil kes3mpatan terhadap isu terbabit dengan memutar belitkan kenyataan dikeluarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat, semalam.

“Saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memutar belitkan kenyataan itu atas kapasiti lain, bukan untuk industri kreatif.”

“Menteri sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu terbabit dan kita tunggu maklum balas mengenainya.

“Saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok (hari ini) dan penjelasannya lebih kepada soal teknikal,” katanya.

Sebaik berita tersebar, golongan ‘social influencer’ atau personaliti media sosial keliru mengenai syarat yang dikatakan mewajibkan mereka memohon Lesen Pengeluaran Filem dan SSP seperti yang tular, semalam.

*Gambar sekadar hiasan*

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*