JPJ Tunggu Lampu Hijau, Kuatkuasa Pengunaan Kerusi KeseIamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keseIamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara adv0kasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalanraya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, JPJ sudah mengeluarkan 1,897 notis perlngatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lalu.

“Kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ ini termasuk dalam Akta JPJ 1987 dan sepatutnya pelaksanaannya pada Jun tahun ini, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh lain oleh pihak kementerian.

“Ia tertangguh akibat penularan wabak C0VID-19 dan penguatkuasaan CRS ini akan dilakukan apabila JPJ menerima arahan selanjutnya daripada kementerian,” katanya kepada Bernama di ibu pejabat JPJ, di sini, hari ini.

Katanya, statistik pada 2016 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 1,707 kemaIangan berlaku membabitkan kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

“KemaIangan berkenaan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak seusia bayi hingga mereka yang berumur 15 tahun berdasarkan sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman,” katanya.

Dalam pada itu, Shaharuddin menasihatkan masyarakat terutama pengguna jalan raya tidak bersikap sambil lewa terhadap lsu ini.

“CRS ini penting kepada kanak-kanak memandangkan mereka terutama bayi amat mudah terdedah kepada kec3deraan serlus kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang Iemah berbanding orang dewasa,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada kec3deraan serius atau kematlan sekiranya berlaku kemaIangan.

Langkah baharu itu juga susulan statistik membimbangkan iaitu 1,559 kematlan dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

Bagaimanapun, tiada s4man dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang bersifat mendidik terlebih dahulu.

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*