Malaysia Bakal Berdepan Peningkatan Mendadak Kes C0VlD-19, Kenaikan Berganda Kes Aktif

Malaysia bakal berdepan peningkatan kes C0vid-19 secara mendadak dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar jangkltan atau R-n4ught (R0) pada ketika ini adalah 1.36 meningkat berbanding 0.3 pada tiga minggu lalu.

“Apa yang membah4yakan adalah kalau R-n4ught meningkat lebih 1.6 dan bererti lebih ramai dijangklti,” katanya pada sidang media perkembangan terkini C0vid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan nilai R0 berlaku berikutan peningkatan kes dan pengesanan beberapa kluster baharu baru-baru ini.

“Pada 9 Julai lalu, jumlah kes aktif adalah 63 kes dan hari ini 143 kes iaitu kenaikan berganda,” katanya.

Justeru beliau merayu kepada seluruh rakyat agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jadi saya merayu kepada rakyat supaya patuh kepada SOP.

“Hanya ada tiga perkara perlu laksanakan iaitu penjarakan selamat satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun dan air,” katanya.

Nilai R0 pada sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kadar 3.55. Jumlah kes aktif dilaporkan setakat ini 143 kes.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*