Wanita Bergelang C0VlD-19 Di Medan Selera Dikenal Pasti,Tindakan Sewajarnya Akan Diambil

SUNGAI SIPUT: Identiti wanita memakai gelang peng3sanan kuarantln C0VlD-19, ketika makan di sebuah medan selera dan viral menerusi media sosial sejak semalam, sudah dikenal pasti.

Slasatan terhadap wanita terbabit berhubung tlndakannya itu sedang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud, berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut daripada JKNP.

“Kita (kerajaan negeri) tidak akan berdiam diri, memandangkan ia mempunyai kebarangkalian mer3bak (jika individu terbabit disahkan positif).

“Saya masih (perlu) menunggu pengesahan rasmi daripada pihak yang terbabit iaitu JKNP serta poIis dan semestinya kita mahukan jawapan secepat mungkin (untuk tindakan susulan),” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau operasi pemlndahan gajah Iiar di Kampung Jalong, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Iiar dan Taman Negara (PERHlLITAN) Perak, Yusoff Shariff.

Ahmad Saidi menasihatkan orang-ramai yang merasakan pernah berkunjung ke medan selera yang dimaksudkan seperti maklumat viral itu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menjalani ujian calitan, selain kuarantin diri sendiri sekiranya bergejala.

“Semua pihak berkaitan termasuk pemilik premis akan turut dipanggil bagi melihat tindakan yang sewajarnya kepada mereka (selepas maklumat disahkan).

“Setakat ini saya tidak mahu dedahkan maklumat sedia ada (yang belum disahkan) biarpun sebahagiannya sudah dikenal pasti bagi, mengelakkan kegus4ran masyarakat,” katanya.

Terdahulu, gambar wanita terbabit viral di media sosial selepas dikatakan sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera yang difahamkan terletak di Bandar Meru Raya, di sini, dalam keadaan memakai gelang kuarantln C0VID-19 sekali gus menimbulkan kegus4ran serta k3caman warganet.

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*